Sukan Hari Ini

Bolt mahu fokus 100m pada musim terakhirnya

LOS ANGELES: Jaguh pecut Jamaica, Usain Bolt merancang untuk hanya menumpukan acara 100 meter bagi musim 2017 sekali gus membayangkan karier gemilangnya dengan menyambar sembilan pingat emas Olimpik bakal menuju ke penghujungnya.

“Buat masa ini, ia mungkin musim terakhir saya dan kini saya hanya perlu ke sana dan menikmati setiap perlumbaan,” kata Bolt kepada akhbar Jamaica, The Gleaner.

“Saya fikir kami sudah bekerja keras sepanjang 10 tahun ini, jadi ini adalah musim terakhir saya. Tumpuan saya hanya dalam acara 100m, dan saya akan cuba menikmatinya, tidak mahu terlalu tertekan.”

Sensasi olahraga berusia 30 tahun itu mendominasi acara pecut dalam satu tempoh yang panjang sebelum ini, memenangi 100m, 200m dan 4x100m pada tiga temasya Olimpik berturut-turut.

Dia masih menjadi pemegang rekod dunia 100m (9.58saat) dan 200m (19.19), dan sudah menggondol 11 gelaran dunia.

Bolt berkata, dia merancang untuk terus sibuk sepanjang 2017 dan mengambil bahagian dalam sebanyak mungkin pertandingan.

“Ia adalah mengenai peminat saya. Saya fikir mereka sentiasa menunjukkan kasih sayang, dan saya akan ke luar ke balapan dan melakukan yang terbaik buat mereka seperti selalu,” katanya. – AFP

-BH Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");