Sukan Hari Ini

Chun Yong pertaruh pemain muda

KETUA jurulatih futsal kebangsaan, Chiew Chun Yong membariskan sehingga tujuh pemain muda berusia bawah 22 tahun dalam barisan 16 pemain yang dipanggilnya untuk kem latihan pusat skuad futsal Harimau Malaysia sejak 22 Disember lalu bagi Kejuaraan Futsal AFF 2016 di Bangkok, Thailand dari 23 hingga 29 Januari depan.

Tujuh pemain itu Muhammad Azri Rahman, 22, (Felda United), Mohd Ridzwan Bakri, 22, (Sabah), Syed Aizad Daniel Syed Nasir, 20, (MPSJ), Muhammad Aidil Shahril Rosli, 19, (MPSJ), Muhammad Amirul Sugito, 19, (Kuala Lumpur), Muhammad Ikhmal Firdaus, 19, (PBMM B-19) dan Mohd Awalludin Mat Nawi, 18, (Perak).

“Saya tidak mahu guna majoriti pemain senior, saya mahu gabungan pemain senior dan muda.

“Masanya sudah tiba kita melakukan perubahan dengan memberi lebih peluang kepada pemain muda. Saya memerlukan pemain yang lebih pantas kerana strategi saya lebih banyak menerapkan high pressing dan high intensity bukannya zonal marking’,” kata Chun Yong semalam.

Dalam pada itu, Chung Yong berkata, sasaran skuad negara kali ini ialah sekurang-kurangnya layak sehingga ke peringkat separuh akhir.

Skuad negara bakal membuka kempen Kumpulan B bertemu Indonesia pada 23 Januari diikuti Laos (24 Januari) dan Myanmar (25 Januari).

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");