Membawang Hari Ini

Hattan tak terfikir tambah anak

KUALA LUMPUR: Pernah berpisah dan berkahwin semula dengan isteri tercinta, penyanyi Hattan, 52, tidak terfikir mahu menambah ahli keluarga atas faktor usia.

Hattan yang menikahi Arianie Mohd Abidin, 45, sejak tiga tahun lalu memberitahu, pada usia sekarang, mungkin tidak sesuai baginya menjaga anak kecil.

“Setakat ini, saya mahupun isteri belum pernah mencuba lagi dan tak pernah terfikirpun untuk menambah anak.

“Iyalah, dalam usia begini, saya dah tak larat nak bangun 3 pagi, menguruskan anak kecil… Lebih baik saya berehat.

“Apatah lagi, adik saya bersama keluarganya menetap di rumah saya. Mereka ada anak kecil yang saya anggap seperti anak sendiri.

“Namun, jika ada rezeki, apa salahnya,” katanya kepada BH Online.

Hattan dan Arianie berkahwin pada 17 Disember 1996 sebelum bercerai talak satu pada 10 Mac 2005 di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya, Selangor.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan anak lelaki, Adam Eiman yang sekarang berusia 18 tahun.

Lapan tahun kemudian, pasangan itu berkahwin semula pada 24 Julai 2013. Hattan mengaku rumah tangganya cukup bahagia sekarang.

“Perasaan bahagia sukar diungkap. Apa yang saya boleh katakan, hidup saya dalam fasa paling seronok sekarang.

“Saya dan isteri sentiasa di sisi bersama. Ke mana-mana kami pasti berpegangan tangan… Alhamdulillah,” katanya.

Sementara itu, dalam perkembangan baharu, Hattan dan anaknya, Adam berduet dalam lagu baharu ciptaan M Nasir berjudul Klik.

Single itu akan menemui peminat, tidak lama lagi berikutan proses rakaman di sebuah studio di ibu negara, selesai.

-BH Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");