Jenayah

Curi motosikal: Pelajar tingkatan dua antara ditahan

KOTA TINGGI: Polis menahan tiga remaja termasuklah dua pelajar tingkatan dua disyaki terlibat dengan kes curi motosikal, minggu lalu.

Mereka yang dikenali sebagai ‘Geng Shah Penggeli’ itu ditahan pada malam Khamis lalu di tiga lokasi berbeza sebelum membawa kepada penemuan lapan rangka motosikal curi.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Rahmat Othman berkata, tangkapan pertama dilakukan Ketua Balai Polis Bandar Tenggara, Inspektor Rosli Mohidin bersama tujuh anggota di sebuah rumah di Felda Penggeli Timur.

Menurutnya, soal siasat terhadap suspek berusia 14 tahun dikenali sebagai Shah mengaku ada mencuri motosikal jenis EX5 di Masjid Kota Tinggi dan Taman Anggerik bersama dua rakannya.

“Ekoran itu, pada malam sama, polis melakukan tangkapan ke dua terhadap rakan suspek berusia 20 tahun yang bekerja sebagai pekerja kilang sawit di sebuah rumah kaki tangan kilang sawit di Felda yang sama.

“Seterusnya tangkapan ke tiga dilakukan terhadap suspek berusia 14 tahun di Taman Desa Impian Bandar Tenggara sebelum semua tangkapan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi untuk direman selama empat hari,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambah Rahmat, bertindak atas maklumat dan dipandu arah semua suspek, pada Sabtu, 17 Disember kira-kira jam 2.30 petang, Pasukan Task Force Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) IPD Kota Tinggi telah pergi ke Sungai Linggiu, Bandar Tenggara.

Katanya, suspek telah menunjukkan lokasi pembuangan rangka motosikal yang dicuri di sungai berkenaan dan membawa kepada penemuan lapan rangka motosikal pelbagai jenis.

Lima daripada rangka motosikal yang ditemui adalah jenis EX5 dilaporkan hilang di Bandar Penawar, Kota Tinggi, Bandar Tenggara dan juga Layang-Layang.

Turut dijumpai rangka motosikal jenis Yamaha LC dilaporkan hilang di Kota Tinggi, rangka motosikal jenis Kawasaki RR dilaporkan hilang di Pasir Gudang serta jenis Honda Wave dilaporkan hilang di Kulai.

“Dengan tangkapan dan penemuan lapan rangka motosikal, Polis Kota Tinggi percaya dapat menyelesaikan lapan kes curi motosikal oleh Geng Shah ini,” katanya lagi.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");