Jenayah

Dua remaja didakwa buang bayi

Kota Bharu: Dua remaja bawah umur dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, terhadap tuduhan membuang bayi lelaki mereka Julai lalu.

Kedua-dua tertuduh berusia 17 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Nazri Ismail.

Mengikut pertuduhan kedua-dua tertuduh didakwa bersama-sama sebagai ibu bapa kandung membuang bayi lelaki di hadapan sebuah rumah di Lembah Sireh di sini pada jam 9.45 malam, 2 Julai 2016.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan yang dibacakan bersama seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Fahrul Razi Zainal Abidin, manakala tertuduh diwakili peguam Ahmad Nuri Abd Rahman.

Mahkamah membenarkan setiap tertudun diikat jamin RM12,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 17 Januari depan untuk sebutan semula kes.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");