Berita Hari Ini

Tujuh stesen LRT laluan Ampang dibuka Ahad ini

KUALA LUMPUR – Stesen LRT Laluan Ampang antara stesen Ampang dan Miharja akan dibuka pukul 9 pagi Ahad ini, lewat tiga jam daripada kebiasaan.

Rapid KL dalam satu kenyataan hari ini berkata kelewatan di tujuh stesen terlibat iaitu Ampang, Cahaya, Cempaka, Pandan Indah, Pandan Jaya, Maluri dan Miharja adalah berikutan perlaksanaan kerja-kerja fasa terakhir perpindahan ke sistem isyarat yang baharu.

“Kerja penaikan taraf sistem isyarat itu akan bermula serta merta selepas perkhidmatan pada Sabtu ini berakhir kerana Rapid KL mahu meminimakan ketidakselesaan dalam kalangan pelanggannya.

“Ia akan bermula pada tengah malam dan memerlukan sembilan jam untuk menyelesaikan tugasan berkenaan,” demikian menurut kenyataan itu.

Semasa ketiadaan perkhidmatan LRT di tujuh stesen itu, perkhidmatan bas pengantara percuma akan disediakan oleh Rapid KL.

Selain sepanduk, poster dan notis, staf akan diletakkan di stesen-stesen terbabit bagi membantu penumpang dalam penggunaan bas pengantara dan untuk maklumat berkaitan.

Perkhidmatan di Stesen Chan Sow Lin dan seluruh laluan Sri Petaling antara Putra Heights dan Sentul Timur akan beroperasi seperti biasa dari 6 pagi hingga tengah malam.

Menurut kenyataan itu, peningkatan taraf sistem isyarat telah dijalankan secara berperingkat berikutan tempoh masa terhad memandangkan perkhidmatan LRT beroperasi dari 6 pagi hingga tengah malam, yang disusuli dengan kerja-kerja penyelenggaraan selepas berakhirnya perkhidmatan.

Para pengguna boleh mendapatkan maklumat penuh mengenai perkhidmatan bas pengantara di www.myrapid.com.my ataupun dengan mengikut Rapid KL di laman Facebook atau twitter @myrapid.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");