Jenayah

Dua tercampak

Kuala Lumpur: Tindakan lelaki warga emas membantu cucunya menukar tayar kereta di bahu jalan bertukar tragedi apabila mereka berdua tercampak dirempuh kereta.

Difahamkan dalam kejadian jam 10.25 malam kelmarin, kereta Proton Wira dipandu mangsa, Phan Sook Chin, 23, bocor tayar ketika melalui Lebuhraya Sultan Iskandar berhampiran Bukit Tunku, di sini.

Mangsa menghubungi datuknya, Leong Wei Ling, 70, yang datang ke lokasi kejadian memberi bantuan.

Pegawai Pasukan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kuala Lumpur, Leftenan Shahrul Kamar Mohd Johari berkata, lelaki warga emas itu dan cucunya yang menukar tayar bagaimanapun dirempuh sebuah kereta.

Menurutnya, warga emas itu parah di kepala manakala cucunya luka teruk di tangan kanan.

“Mangsa sempat bertanyakan keadaan datuknya walaupun dia menahan sakit akibat parah.

“Lelaki terbabit tidak sedarkan diri dan kedua-dua mangsa diberi rawatan sebelum dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) menaiki ambulans APM bagi rawatan susulan,” katanya.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");