Berita Hari Ini

Empat kali berturut

Putrajaya: Buat empat tahun berturut-turut, AirAsia, syarikat penerbangan tambang rendah terkemuka dunia merangkul anugerah syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia pada pada majlis World Travel Awards (WTA).

Kemenangan itu mengatasi pesaing dari lima buah benua termasuk syarikat penerbangan terkemuka dunia seperti Ryanair, easyJet, Jetstar Airways, Southwest Airlines, JetBlue Airways, Norwegian, Kulula, Mango, fastjet, flydubai, Air Arabia, flynas and West Air.

Lebih membanggakan, AirAsia turut meraih kemenangan berganda apabila diumumkan sebagai penerima Anugerah Perkhidmatan Dalam Penerbangan Terbaik Dunia buat julung kalinya.

Menerusi anugerah itu, AirAsia berjaya mengalahkan syarikat penerbangan perkhidmatan penuh seperti Etihad Airways, Japan Airlines, Singapore Airlines, Thai Airways, Qantas Airways, Lufthansa, American Airlines and Air Canada.

Anugerah itu adalah lanjutan dari kejayaan AirAsia merangkul anugerah perkhidmatan dalam penerbangan terbaik Asia di WTA buat kali pertama, awal tahun lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes berkata, kemenangan empat kali berturut-turut itu adalah kebanggaan dan penghormatan besar kepada syarikat.

“Ia satu anugerah yang manis bagi mengakhiri tahun yang amat hebat bagi AirAsia, bukan sahaja dari segi kewangan malah dari segi pengiktirafan daripada industri.

“Saya juga berbangga apabila di atas kejayaan pertama kami merangkul anugerah perkhidmatan dalam penerbangan terbaik dunia, sekali gus membuktikan AirAsia mempunyai anak kapal, kakitangan dan produk terbaik, dan mampu menewaskan beberapa syarikat penerbangan perkhidmatan penuh ternama,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

WTA berfungsi mengiktiraf dan meraikan kecemerlangan dalam pelbagai sektor industri pelancongan yang dipilih oleh juri terdiri daripada golongan profesional dari bidang pelancongan.

Semua syarikat penerbangan tersenarai diadili dari segi tahap kepuasan pelanggan, kualiti perkhidmatan, prestasi keseluruhan, inovasi produk, tanggungjawab sosial korporat dan sumbangan kepada masyarakat setempat serta komitmen terhadap dasar yang mampan dan memenuhi wawasan korporat jangka panjang.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");