Isu Panas

Ezam pertahan dakwaan Mahathir

SHAH ALAM – Dakwaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengatakan pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) berunsur rasuah mempunyai asas dan perlu diteliti.

Pengerusi Hisbah Centre for Reform (Hisbah), Datuk Mohamad Ezam Mohd Nor berkata, konsep BR1M sememangnya diakui manfaatnya, namun ia dilihat terpesong kerana terdapat pihak yang menyalahgunakannya.

“Kita maklum cadangan asal BR1M datang dari Bank Negara dan pada pandangan Hisbah, ia mempunyai merit dari sudut ekonomi dan juga sosial. Dari sudut Islam pula, kita lihat pemberian cara ini amat dekat dengan prinsip pemberian zakat kerana ada tumpuan kumpulan sasar seperti konsep asnaf.

“Namun, persoalan rasuah timbul apabila pemimpin politik yang dilihat terdesak telah mengambil kesempatan daripada konsep dan rencana yang baik ini untuk tujuan serta kepentingan politik,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Mohamad Ezam berkata, perbuatan itu dapat dibuktikan menerusi ucapan penggulungan Perhimpunan Agung Umno 2016 lalu apabila Presidennya, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pemberian BR1M fasa tiga dan akhir diberikan melalui Umno bahagian.

“Di sini wujud elemen rasuah kerana Umno berkepentingan sebagai parti yang mahu meraih undi dengan memberi wang secara langsung kepada pengundi oleh sebuah parti yang akan sertai pilihan raya boleh menjadikan perbuatan memberi itu kepada perbuatan merasuah,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");