Sukan Hari Ini

FA kekal gantung Vardy tiga perlawanan

LONDON: Leicester City menerima satu lagi tamparan apabila penyerang sensasinya, Jamie Vardie, digantung tiga perlawanan oleh Persatuan Bola Sepak Inggeris (FA) atas kesalahan kad merah ketika bertemu Stoke City.

Penyerang berusia 29 tahun yang mencipta kebangkitan penuh dramatik apabila meledak hatrik ketika menentang Manchester City, 10 hari lalu, sekali gus menamatkan kemarau jaringan selama tiga bulan, akan terlepas perlawanan menentang Everton, West Ham dan Middlesbrough.

FA menolak dakwaan kelab itu yang mengatakan Vardy kehilangan keseimbangan selepas diasak oleh Glen Johnson sebelum melakukan terjahan berbahaya kepada penyerang Stoke, Mame Diouf, ketika permainan memasuki minit ke-28.

Pengadil Craig Pawson tidak teragak-agak untuk melayangkan kad merah kepadanya selepas terjahan itu dilakukan dengan kedua-dua kakinya.

Ini adalah kali ketiga sepanjang karier Vardy dia dilayangkan kad merah.

“Jamie Vardy akan mengharungi penggantungan tiga perlawanan serta merta selepas dakwaan berlaku kesalahan atas pembuangannya ditolak selepas pendengaran Suruhanjaya Peraturan Bebas,” kata FA dalam satu kenyataan.

“Penyerang Leicester City itu diarah keluar padang kerana kesalahan serius yang dilakukan ketika perlawanan menentang Stoke City pada Sabtu 17 Disember 2016.”

Penggantungan Vardy bermakna juara Inggeris itu akan kehilangan tiga pemain tonggak menjelang pertemuan dengan Everton, Isnin ini.

Pertahanan, Christian Fuchs dan Robert Huth sah tidak akan beraksi selepas menjalani penggantungan satu perlawanan apabila mengutip kad kuning kelima pada kempen kali ini ketika perlawanan panas bertemu Stoke.

Ironinya, Pawson turut dikritik kerana tidak memberikan kad merah kepada pertahanan Manchester United, Marcos Rojo yang melakukan kesalahan serupa ketika pertemuan EPL menentang Crystal Palace beberapa hari sebelum insiden terbabit. – AFP

-BH Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");