Sukan Hari Ini

Farhod kembali perkasa Titans

Kuala Terengganu: Bekas pemain import T-Team musim lalu Farhod Tadjiyev (gambar) akan kembali menyarung jersi skuad The Titans musim depan bagi mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga-M) bermula 20 Januari ini.

Bekas pemain kebangsaan Uzbekistan berusia 30 tahun itu kini sudah menjalani latihan bersama skuad itu di bawah kendalian ketua jurulatih Rahmad Darmawan sejak minggu lalu dan kehadiran bekas penyerang kelab Olmaliq FK dalam Liga Uzbekistan itu bagi mengisi kekosongan yang sebelum ini menjadi milik pemain dari Brazil Patrick Dos Santos Cruz yang tidak disambung kontrak.

“Farhod sah menyarung jersi T-Team musim depan dan kehadiran pemain ini diharap dapat menjadi peledak berbisa dalam misi untuk memburu kedudukan lebih baik berbanding musim ini.

“Selain itu, kami juga menuntut pemain dari Tashkent itu membentuk gandingan lebih mantap seperti ketika bersama The Titans musim lalu,” kata Rahmad.

Musim lalu pemain yang mempunyai ketinggian 1.87 sentimeter itu meledak 14 gol dalam 13 perlawanan bersama T-Team, namun jodoh Farhod tidak panjang apabila ditamatkan kontrak ketika pertengahan musim selepas cedera ketika beraksi menentang Kedah pada 7 Julai tahun lalu.

Farhod yang dilabel ‘mesin pencetak gol’ T-Team ketika di bawah kendalian jurulatih Crotia Tomislav Steinbruckner akan digandingkan dengan seorang lagi pemain import yang masih menjadi buruan The Titans sebelum tarikh tutup pendaftaran pemain 22 Januari ini.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");