Berita Hari Ini

Keselamatan di Sabah jadi keutamaan

LAHAD DATU – Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan bahawa kerajaan akan terus memberi keutamaan tinggi terhadap isu keselamatan di Sabah, khususnya di kawasan pantai timur negeri.

Perdana menteri berkata, usaha dan komitmen tinggi kerajaan untuk memastikan keselamatan di kawan Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) berkenaan sudah menampakkan kejayaan besar.

Contoh apabila anggota keselamatan berjaya membunuh tiga penjenayah rentas sempadan dalam kes berbalas tembak pada 5 Disember lalu.

“Soal keselamatan akan terus diberi keutamaan tinggi oleh kerajaan,dan kebelakangan ini kita melihat bahawa kita telah mencapai kejayaan besar melalui perubahan taktikal yang dilakukan oleh Kawasan Keselamatan Khas Pantai Sabah (Esscom).

“…Kita berharap ini akan memberi amaran bahawa kita amat serius dan kita akan gunakan apa cara sekalipun untuk menjamin keselamatan rakyat Sabah, khususnya di kawasan pantai timur negeri ini,” katanya Najib kepada pemberita selepas merasmikan pelancaran Lebuhraya Pan Borneo Sabah Jalan Lintas Lahad Datu di sini.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");