Berita Hari Ini

Gesa PM gunakan kuasa tekan Myanmar

KUALA ROMPIN – Isu penindasan dan keganasan terhadap etnik Rohingya di Myanmar mendapat perhatian Malaysia dengan mendesak kerajaan negara itu supaya menghentikan segala bentuk keganasan ke atas etnik itu.

Koordinator NGO Rompin Care, Mohd Fadzli Mohd Ramly, berkata, negara perlu mengambil tindakan proaktif dalam menghadapi isu itu supaya keganasan dapat dihentikan dan etnik rohingya dapat diselamatkan.

Menurutnya, tekanan boleh dizahirkan dalam pelbagai bentuk seperti memanggil balik wakil kedutaan Malaysia di sana sekali gus memutuskan hubungan diplomatik dengan negara itu.

“Sebagai sebuah NGO berteraskan prinsip kemanusiaan dan kebajikan, Rompin Care mendesak kerajaan supaya memberi tekanan kepada Myanmar supaya negara itu menghentikan keganasan kepada etnik Rohingya.

“Selain itu, kerajaan Malaysia juga dicadangkan supaya menerima pelarian Rohingya untuk mengisi sektor pekerja asing negara dalam negara dengan pekerjaan yang sesuai buat mereka,” katanya kepada Sinar Harian, tadi.

Dalam pada itu, beliau turut meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya tidak hanya turut serta dalam sebarang himpunan atas nama solidariti sebaliknya menggunakan kuasa yang ada untuk memberi tekanan.

Dalam laporan agensi luar negara, ratusan bangunan di perkampungan etnik Rohingya di barat Myanmar dibakar, menurut imej baharu satelit yang disiarkan baru-baru ini ketika pertempuran baru meletus di wilayah bergolak itu.

Rakhine Utara yang menjadi kawasan penempatan minoriti Islam Rohingya dan bersempadan Bangladesh, dikepung tentera sejak serangan mengejut Oktober lalu di pos sempadan yang menyebabkan sembilan anggota polis terbunuh.

Tentera membunuh berpuluh-puluh penduduk dan menahan ramai orang dalam usaha memburu penyerang yang dikatakan kerajaan adalah militan Rohingya yang ada kaitan dengan militan luar negara.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");