Berita Hari Ini

Graduan Melayu jangan lupa daratan

KUALA LUMPUR: Graduan Melayu diingatkan jangan lupa daratan selepas berjaya dalam profesion masing-masing, termasuk mempertikaikan dasar pendidikan negara.

Wakil Pemuda UMNO, Zali Mat Yasin, berkata graduan Melayu perlu menginsafi jasa UMNO yang tidak pernah berhenti berjuang memartabat pendidikan orang Melayu, sejak negara mengecapi kemerdekaan sehinggalah sekarang.

“Dahulu, dasar pendidikan ialah untuk basmi buta huruf dan kini sasarannya berubah untuk lahirkan graduan berpengetahuan dan berkemahiran tinggi.

“Hari ini, kita dapat melihat ramai cerdik pandai dalam kalangan Melayu serta berjaya dalam pelbagai lapangan dengan bergelar doktor, profesor, wakil rakyat sehinggalah kepada menteri.

“Ia adalah hasil kejayaan sistem pendidikan negara yang konsisten. Ada Melayu terlupa dengan dasar kerajaan yang tidak pernah jemu memberi pelbagai bantuan. Selepas berjaya, mereka menggigit kita pula,” katanya berucap menyokong usul agama dan pendidikan pada Perhimpunan Agung UMNO 2016, di sini, hari ini.

Zali yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tangga Batu, berkata kerajaan membiayai antara 85 hingga 95 peratus daripada yuran pengajian bagi setiap penuntut universiti awam setiap tahun.

“Kadar yuran pengajian program ijazah pertama universiti awam yang ditetapkan kerajaan hanyalah antara enam hingga 10 peratus daripada kos sebenar, yang diperlukan untuk melatih pelajar dalam sesuatu bidang khusus.

“Yuran bidang kejuruteraan adalah RM30,000 tetapi pelajar bayar RM3,000 sahaja. Bidang perubatan ialah RM289,000, tetapi bayar RM9,000 sahaja. “Malah, yuran semester hanya RM400 untuk diploma manakala RM200 semester di politeknik dan kolej komuniti,” katanya.

-Berita Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");