Sukan Hari Ini

Harapan baharu skuad ragbi negara

KEJAYAAN skuad negara mencipta sejarah apabila muncul juara Kejohanan Ragbi Asia Divisyen Satu pada Mei lalu.

Kejayaan itu disusuli prestasi menakjubkan pasukan tujuh sebelah kebangsaan yang menduduki ranking kelima terbaik Asia yang nyata memberi harapan baharu buat sukan ragbi di Malaysia.

Pencapaian itu menyaksikan prestasi pasukan ragbi negara kini berada pada tahap terbaik dan usaha untuk mencapai lebih banyak kejayaan pada masa akan datang merupakan misi utama Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM).

Presiden KRM, Datuk Shahrul Zaman Yahya berkata, pihaknya telah mengambil pelbagai pendekatan dalam usaha memajukan sukan ragbi negara khususnya skuad ragbi kebangsaan.

Beliau berkata, antara pendekatan yang diambil adalah dengan mewujudkan sebuah unit prestasi tinggi selain melantik penasihat teknikal dari New Zealand bagi memantau perkembangan tersebut.

“Unit berkenaaan bertujuan memantau dan melihat bagaimana kita boleh mempertingkatkan kualiti pasukan kita bukan hanya pasukan 15 sebelah kita, malah tujuh sebelah dan pasukan wanita,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");