Sukan Hari Ini

Inter kecewa gagal mara

KEMENANGAN 2-1 ke atas Sparta Praha belum cukup untuk Inter Milan layak ke peringkat kalah mati Liga Europa.

Kegagalan tersebut jelas disesali pengendalinya, Stefano Pioli yang menyifatkan pasukannya lebih layak untuk beraksi di peringkat seterusnya.

Kegagalan Inter untuk mara sebenarnya sudah dijangka lebih awal apabila tumpas kepada Be’er Sheva pada perlawanan minggu lalu.

“Kami menyesal tersingkir daripada pertandingan ini. Kegagalan ini berpunca apabila kami tewas 2-3 di Hapoel. Kami sudah mendahului 2-0 pada separuh masa pertama. Tetapi terpaksa akur kalah 2-3.

“Itu yang menjadi faktor kekecewaan saya dan sehingga sekarang saya masih menyesal,” katanya.

Bagaimanapun, Pioli tidak mahu pemainnya terus memikirkan mengenai Liga Europa yang sudah berakhir dan menumpukan kepada saingan Serie A.

“Saya selalu mencuba untuk untuk melihat sisi positif. Dengan tiada komitmen dalam Liga Europa, kami boleh fokus pada Serie A,” katanya.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");