Membawang Hari Ini

Interchange taruhan terbaru Dain Said

SELEPAS kejayaan filem terdahulunya, Bunohan yang berjaya mendapat pengiktirafan sehingga ke peringkat antarabangsa, Dain Said kembali mempertaruhkan karya terbarunya, Interchange.

Filem supernatural thriller ini diilhamkan daripada minat beliau terhadap filem noir dan juga cerita-cerita turun-temurun.

Menggabungkan mitos-mitos dari Asia Tenggara dengan kepercayaan dahulu-kala, Interchange mengisahkan seorang polis dan seorang jurufoto forensik yang sedang menyiasat satu siri pembunuhan berbentuk ritual di sebuah kota tidak bernama di Asia Tenggara.

Filem ini menyaksikan gandingan pelakon hebat dari Malaysia dan Indonesia seperti Shaheizy Sam, Nicholas Saputra, Iedil Putra, Prisia Nasution, Nadiya Nissa, Alvin Wong dan Chew Kin Wah.

Dain menghasilkan sebuah filem yang berakarkan dari mitos-mitos tradisional Borneo, menjadikan ia sebuah pentas untuk pertembungan dengan dunia moden.

Interchange merupakan sebuah turutan kejadian yang berputik dari sebuah kisah benar berlaku seabad lalu apabila Carl Lumholtz, seorang penjelajah dari Norway, menjelajah Borneo Tengah sekitar 1913 dan 1917. Antara gambar-gambar yang diambilnya adalah di mana sekumpulan wanita tempatan sedang membilas di sungai, dalam usaha mereka untuk membuang sial gara-gara diambil gambar.

Pada pandangan penulis secara keseluruhannya, jika anda mahu menyaksikan sebuah filem yang mempunyai skrip yang bagus, inti pati bahasa filem yang baik, metafora dan bahasa filem dari sudut pencahayaan, kesan bunyi dan syot filem, maka inilah hasilnya.

Filem yang tidak berpaksi kepada komersial dan populariti semata-mata ini memberi anda peluang untuk memahami, menterjemahkan dan berfikir mengenai apa, kenapa dan bagaimana ianya terjadi.

Misteri ini yang diletakkan Dain dari permulaan cerita ini berjaya memaku penonton untuk terus berada di dalam pawagam dan turut sama menyelesaikan satu persatu teka-teki yang ada.

Malah penulis sendiri merasakan, filem ini lebih mudah dirungkai dan difahami, berbanding dengan filem Bunohan yang terpaksa ditonton dua kali untuk fahami inti patinya.

Dari sudut lakonan pula, rasanya tidak perlu penulis kupas setiap seorang pelakon kerana Dain tahu siapa yang baik untuk berada di dalam filemnya.

Dari segi pertuturan, emosi, lakonan, penulis beri mereka A+ dan kredit juga diberikan kepada Dain kerana berjaya menghasilkan filem yang bagus.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");