Isu Panas

Isu MRT: Tembelang Rafizi terbongkar lagi

SHAH ALAM – Tembelang Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli terbongkar lagi apabila beliau didakwa membuat tuduhan palsu mengenai kos pembinaan MRT.

Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Khas Pejabat Perdana Menteri, Datuk Rizal Mansor berkata, pada tahun 2012 Ahli Parlimen Pandan pernah membuat dakwaan bahawa pembinaan MRT menelan belanja RM100 bilion dan menuduh kerajaan gagal merancang pembangunan itu dengan cekap.

Jelas beliau, namun minggu lalu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kos sebenar pembinaan MRT adalah RM21 bilion iaitu RM2 bilion di bawah kos asal.

“Seperti umum tahu, Rafizi suka sangat buat tuduhan palsu dan gemar cari isu sensasi untuk menyerang kerajaan.

“Namun cerita-cerita bohong yang dibawa beliau akhirnya sering terbongkar dan dia seperti biasa buat tak peduli. Inilah ‘sikap terpuji’ pemimpin pembangkang,” katanya.

Ujar Rizal lagi, selepas usaha untuk memutar belit fakta mengenai kos sebenar pembinaan MRT tidak menjadi, Rafizi sekali lagi cuba main silap mata apabila mengatakan kos RM21 bilion itu hanya melibatkan fasa pertama pengangkutan awam itu.

Namun jelas beliau, pembohongan pemimpin pembangkang itu sekali lagi terbongkar apabila pihak Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) menjelaskan kos RM21 bilion itu adalah untuk pembinaan kedua-dua fasa laluan Sungai Buloh-Kajang (SBK) sejauh 51 kilometer.

“Rakyat boleh nilai sendiri bagaimana etika seorang pemimpin pembangkang, mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk memburukkan kerajaan hatta terpaksa berbohong.

“Setiap dakwaan Rafizi tentang isu kos MRT sudah dijawab… saya tak tahu dia nak pusing macam mana lagi,” katanya.

Oleh itu Rizal meminta rakyat supaya tidak mudah terpedaya dengan fakta-fakta tidak tepat yang dibawa oleh pembangkang dan menasihatkan rakyat mendapatkan maklumat tepat melalui saluran yang sahih.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");