Panasnya Hari Ini

Jangan Agungkan Tokoh Tidak Sama Perjuangan

KUALA LUMPUR:Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menasihati para perwakilan dan ahli Umno supaya tidak mengagung-agungkan tokoh yang bukan lagi bersama dalam perjuangan parti itu.

Memetik sumber Mstar online, ujarnya tindakan menyebut nama bekas pemimpin itu juga boleh membawa kesan sampingan.

“Jika nama seseorang itu diulang-ulang walaupun dalam bentuk negatif, akhirnya nama yang sudah tenggelam itu akan muncul semula.

“Lagi diasak lagi akan muncul maka adalah lebih baik untuk kita lupakan,” jelasnya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kemungkinan perwakilan akan terbawa-bawa mengangkat nama-nama bekas pemimpin Umno terutama Tun Dr Mahathir Mohamad ketika berbahas sepanjang perhimpunan tahunan itu.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas ucapan dasar Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak pada perasmian Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Khamis.

Malah tambahnya adalah tidak salah untuk bernostalgia tetapi memandang ke hadapan adalah lebih penting bagi memastikan Umno terus relevan untuk rakyat.

“Bernostalgia itu sesekali untuk diingati tetapi pandang ke hadapan adalah lebih penting.

“Untuk masa depan, mereka mengharapkan sesuatu yang baharu untuk didakapi supaya Umno relevan dengan citarasa, daya pemikiran dan pola serta tingkah laku, gelagat sosial yang disesuaikan dengan masyarakat,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");