Membawang Hari Ini

Johan As’ari azam sambung pengajian ke luar negara

KUALA LUMPUR: Selepas lima tahun menjadi insan seni, pelakon Johan As’ari, 30, berhasrat mendalami lagi ilmu lakonan dan pengarahan dengan kemungkinan menyambung pengajian di Mumbai, India atau Los Angeles, di Amerika Syarikat.

Johan berkata, perancangan itu akan dilaksanakan tahun depan dan secara peribadi, lebih selesa mendalami bidang yang diminatinya itu Barry John Acting Studio, Mumbai.

Namun, atas nasihat bapanya, Johan juga sedang mempertimbang kemungkinan ke Hollywood bagi tujuan itu.

“Saya mempunyai keluarga angkat di Mumbai dan pada bulan depan, anak mereka akan mendirikan rumah tangga. Kebetulan akan ke sana nanti, saya tergerak hati untuk bertanya mengenai lokasi pengajian bersesuaian. Mereka mencadangkan Barry John Acting Studio.

“Saya sudah membuat permohonan dan tidak sangka, mendapat maklum balas positif. Masih ada beberapa perkara yang perlu diselesaikan sebelum saya membuat keputusan ke sana. Saya tertarik untuk melanjutkan pelajaran di Mumbai kerana lokasi itu menjadi pilihan ramai pelakon popular Bollywood termasuk Datuk Shah Rukh Khan,” katanya.

Sebelum ini, artis naungan Uprising Talents itu pernah berkelana lebih sebulan di India pada Ogos tahun lalu untuk mendalami agama. Johan berkata, kursus yang bakal disertainya itu hanya mengambil masa tiga bulan dan pada masa sama, turut memperuntukkan masa untuk mencuba nasib dalam industri perfileman Bollywood.

“Semua itu masih dalam perancangan kerana ayah menyarankan saya ke Los Angeles (LA). Tidak dinafikan, Hollywood adalah pilihan terbaik tetapi saya masih belum pasti. Jika ke LA, saya mungkin akan berada di sana selama enam bulan.” katanya.

Johan berkata, menyambung pelajaran dan mendalami ilmu pengarahan adalah antara azamnya sempena sambutan tahun baharu yang ingin mempertingkatkan profil seninya.

Sementara itu, pelakon yang sedang sibuk menjayakan drama Kerana Anisa ini akan tampil dengan tiga filem iaitu Bopeng, Tujuh dan Kanang Anak Langkau.

-BH Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");