Berita Hari Ini

Kaji keperluan saliran, takungan

IPOH – Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Perak melakukan kajian pelan induk di Manjoi bagi melihat keperluan saliran dan takungan di kawasan itu bagi mengelak kejadian banjir kilat berulang.

Pengarahnya, Juhaimi Jusoh berkata, kajian menyeluruh itu sedang dilaksanakan selepas beberapa projek dilakukan sebelum ini berjaya mengurangkan risiko banjir lebih buruk.

“Kajian ini turut mempertimbangkan penggunaan kolam sedia ada. Sebelum ini, JPS melaksanakan pembinaan kolam takungan banjir di Taman Merdeka yang mana ia berjaya mengurangkan masalah banjir kilat di kawasan itu.

“Satu lagi projek adalah pembinaan kolam takungan Sungai Pari yang siap sekitar 2015. Kolam ini juga bertindak menakung air bagi mengurangkan kadar aliran puncak,” katanya.

Khamis lalu, lebih 60 rumah di kawasan Manjoi terlibat dengan banjir kilat masing-masing Kampung Manjoi Lama (5), Kampung Tengku Husin Lama (6), Lim Garden (8), Kampung Tengku Husin Hujung (6) dan Kampung Dato Ahmad Said Tambahan II (melebihi 35).

Juhaimi berkata, dalam kejadian lewat petang Khamis lalu, hujan lebat menyebabkan aras air naik di Sungai Pari dan Sungai Tapah.

Katanya, keadaan itu memberi kesan kepada aliran air ke sungai yang mengakibatkan berlakunya kejadian banjir kilat.

“Jabatan menempatkan pam pam bergerak yang membantu mengeluarkan air dari kawasan terjejas,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");