Sukan Hari Ini

Kane salahkan rumput

PENYERANG Tottenham Hotspurs, Harry Kane menyalahkan rumput sebagai punca kegagalannya menyempurnakan penalti ketika menentang Southampton, semalam.

Mujur kegagalannya itu tidak memberikan kesan apabila Spurs tetap memungut tiga mata penuh dengan kemenangan 4-1.

“Saya gagal kerana rumput. Saya nampak permukaan rumput di titik sepakan penalti itu ditukar baharu.

“Ia menyebabkan bola melambung dan saya cukup terkejut dengan sepakan tersebut,” katanya.

Dalam aksi di Stadium St Mary’s itu, Southampton terlebih dahulu berada di depan menerusi Virgil van Dijk sebelum disamakan Dele Alli dengan dua gol.

Kane bagaimanapun memadam kekecewaan penalti tersebut apabila turut menyumbang gol dan satu lagi menerusi Son Heung-Min.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");