Berita Hari Ini

Kemalangan: Kerajaan abai 51 cadangan Miros

KERAJAAN didakwa tidak ambil serius ke atas 51 cadangan yang dikemukakan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) tiga tahun lalu, bagi tujuan mengelakkan nahas jalan raya membabitkan bas ekspres.

Pengerusi Miros, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, 51 cadangan penambahbaikan itu dibuat selepas 37 orang terkorban dan 16 lagi cedera apabila bas dinaiki mereka terjunam 60 meter ke dalam gaung di Kilometer 3.5 Jalan Genting Highlands pada 21 Ogos 2013.

“Selepas tiga tahun berlalu, kerajaan dilihat masih tidak melakukan sebarang tindakan susulan atas cadangan yang dikemukakan Miros.

“Kami sebenarnya telah menghabiskan masa kira-kira dua bulan setengah untuk menyusun, menyelidik dan mengemukakan laporan. Malangnya, pegawai-pegawai kerajaan bersikap dingin untuk melaksanakan cadangan diberikan,” kata Lam Thye kepada China Press.

Lam Thye mengulas tragedi sebuah bas ekspres yang terjunam ke dalam cerun sedalam 20 kaki di Kilometer 137, Lebuhraya Utara Selatan, berhampiran Kampung Jayo, Muar, Johor, awal pagi Sabtu lalu sehingga meragut nyawa 14 penumpang dan 16 orang lagi cedera.

Beliau yang juga Pengerusi Panel Penasihat Bebas kepada Kementerian Pengangkutan mengenai nahas bas di Genting Highlands mendakwa, pihaknya juga pernah mengadakan perbincangan dengan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai bagi perkara berkenaan.

“Tiong Lai ada mengarahkan pegawainya untuk mengadakan tindakan susulan ke atas cadangan-cadangan yang dikemukakan Miros, tetapi sehingga hari ini, masih belum nampak ada tindakan apa-apa daripada kementerian berkenaan,” katanya dengan kesal.

Lam Thye tidak menolak kemungkinan beliau akan mengadakan rundingan lagi dengan Tiong Lai bagi memastikan semua cadangan itu dapat direalisasikan.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");