Berita Hari Ini

KJ beri air kepada perwakilan ketika berucap

KUALA LUMPUR – “Terima kasih chief,” berikut merupakan kata-kata wakil Pemuda Umno bahagian Tangga Batu, Datuk Zali Mat Yasin kepada Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Beliau berkata demikian setelah Khairy memberikannya segelas air ketika beliau berucap menyokong usul agama dan pendidikan yang dibahaskan oleh Wakil Pahang bahagian Kuala Krau.

“Beliau merupakan pemimpin yang berjiwa rakyat.

“Beliau juga tidak membiarkan saya sendirian di dewan ini,” katanya sewaktu Perhimpunan Agung Umno di Dewan Mer Deka, Pusat Dagangan Dunia Putra, hari ini.

Selain itu, beliau juga membidas para pemimpin yang bertindak keluar dari parti.

“Benar kata orang, melayu mudah lupa. apabila ada pemimpin yang digantung, tidak tunggu lama dah keluar parti.

“Kemudian, lantang mengkritik pemimpin. Mereka ini memang dianggap sudah lupa budi yang ditaburkan oleh parti,” katanya lagi.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");