Membawang Hari Ini

Peminat Drake berang!

Khabar angin penyanyi terkenal Rihanna dan Drake bercinta sememangnya benar.

Teka-teki itu terjawab apabila pasangan terbabit dilaporkan baru berpisah dan menolak untuk dipertemukan dalam konsert F1 Grand Prix di Abu Dhabi, baru-baru ini.

Rihanna dan Drake sepatutnya berkolaborasi menyampaikan lagu Work dan Take Care, tetapi perkara itu tidak berlaku.

Menurut The Mirror, Drake tidak muncul sewaktu persembahan Rihanna meskipun menerima bayaran RM1.1 juta daripada penganjur.

Sikap tidak profesional Drake mengundang kemarahan peminat yang menunggunya sehingga jam 5 pagi.

Lebih mengeruhkan keadaan, penyanyi rap yang popular dengan lagu Hotline Bling itu memuat naik gambar dia berada di Abu Dhabi pada hari berkenaan.

Sumber mendedahkan berlaku pertengkaran di antara pengurusan Drake dan penganjur apabila penyanyi itu tidak muncul dalam konsert itu.

Bagaimanapun, ada beberapa sumber mendakwa Drake ada di belakang pentas bagi memberi semangat kepada bekas kekasihnya.

Difahamkan selebriti popular Paris Hilton dan Akon turut bersama Drake ketika itu.

Namun, ada desas-desus penyanyi itu berdepan masalah keselamatan apabila lokasi konsert dibanjiri penonton yang terlalu ramai.

Pada masa sama, persembahan Rihanna dikatakan kurang memuaskan selain membiarkan penonton menunggunya selama satu jam.

Rihanna dan Drake dipercayai memutuskan hubungan kerana jarang dapat menghabiskan masa bersama berikutan sibuk dengan karier masing-masing.

Konsert F1 Grand Prix Abu Dhabi disaksikan lebih 40,000 dan ia melebihi kapasiti sepatutnya sehingga penganjur terpaksa menutup semua pintu masuk pada jam 10.25 malam.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");