Sukan Hari Ini

Komitmen 200 peratus 2017

Sepang: Juara baru Siri Super Akhir, Goh V Shem-Tan Wee Kiong mengakui mereka bersedia untuk memberikan komitmen sehingga 200 peratus untuk mengekalkan prestasi cemerlang tahun depan.

Pasangan beregu lelaki nombor satu dunia itu juga mengakui bahawa persaingan tahun depan sangat mencabar dengan kehadiran beberapa gandingan hebat.

Menurut Wee Kiong, 2017 adalah episod baru buat mereka jadi perkara paling utama adalah mengekalkan prestasi mantap dalam beberapa kejohanan utama termasuk Kejohanan Dunia di Glasgow Ogos depan.

“Memang dalam beregu lelaki persaingannya sangat sukar, jadi kami tidak boleh berasa puas hati dengan pencapaian sekarang,” katanya yang ditemui Arena Metro di Lapangan Terbang Antarabangsa Sepang (KLIA), hari ini.

Semalam, mereka muncul juara Siri Super Akhir di Kompleks Sukan Hamdan, Dubai selepas menumpaskan pasangan Jepun, Takeshi Kamura-Keigo Sonoda 21-14, 21-19.

Pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio itu juga mahu memenangi seberapa banyak kejuaraan tahun depan dan akan memulakan kempen dengan beraksi di Masters Malaysia di Sibu, Sarawak bulan depan.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");