Sukan Hari Ini

Komitmen tunjang skuad Tok Gajah

Kuantan: Kapten Pahang, Fauzi Rozlan bersama rakan sepasukan gembira atas kejayaan layak ke final Piala Emas Raja-Raja musim ini.

Fauzi atau Kojie berkata, komitmen dan kerjasama antara pemain membantu skuad itu melangkah ke final sekali gus merealisasikan impian untuk mendakap piala itu.

Katanya, justeru apabila berada di pentas final, semua pemain akan mengerah segala tenaga untuk mencatat kemenangan ke atas lawan.

“Oleh itu, kami akan berusaha merealisasikan impian mengucup piala berprestij ini biarpun mengetahui lawan akan memberikan tentangan sengit.

“Apa yang perlu dilakukan adalah memanfaatkan segala peluang dan pada masa sama tidak mengulangi sebarang kesilapan hingga boleh mengundang padah buat pasukan,” katanya semalam.

Mengulas pertemuan dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada final 17 Disember ini, Fauzi berkata, walaupun pernah menang 2-0 pada peringkat kumpulan, ia belum menjamin untuk mereka muncul juara.

Sebaliknya, dia bersama rakan sepasukan perlu bekerja keras memastikan kemenangan milik pasukan.

“PDRM sudah pasti mahu membalas dendam atas kekalahan mereka dan kami perlu lebih berhati-hati jika mahu ditabal sebagai juara,” katanya.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");