Membawang Hari Ini

Lawak tak mesti ‘loyar buruk’

Akur rezeki tidak berpihak kepadanya, peserta program realiti Lawak Solo, Nizam tidak dapat meneruskan perjuangan ke peringkat akhir bersama rakan lain.

Dikatakan suka memberi persembahan berunsur lucah dan kasar, Nizam atau nama sebenarnya Mohd Nornizam Mohd Yusof tidak pernah berniat seperti yang ditafsirkan.

Baginya, setiap lawak yang disampaikan ada mesej tersendiri dan mahu penonton lebih memandang ke arah yang positif.

“Saya faham mungkin ada segelintir yang kurang selesa dengan cara saya berlawak. Bagi saya apa yang saya lakukan sudah lama dilakukan pelawak di luar negara seperti Indonesia dan Singapura.

“Lawak tidak semestinya perlu ‘loyar buruk’. Saya tampil dengan lawak serius, tetapi mendalam setiap maksud yang disampaikan. Saya tidak berputus asa dan akan terus dengan cara lawak begini. Bagi saya sudah tiba masanya masyarakat kita disajikan dengan lawak serius dan memberi kesedaran buat mereka.

“Saya tidak suka dengan lawak ‘slapstik’ kerana orang akan cepat bosan,” katanya yang masih bekerja sebagai arkitek dan melakukan kerja sampingan sebagai pelawak di sebuah kafe di ibu kota.

Seorang lagi peserta yang tersingkir, Mohd Saffuan Samsudi atau Wan Gegau mengakui persembahan setiap peserta hebat-hebat belaka.

Wan mengganggap mungkin rezekinya bukan di Lawak Solo, tetapi di tempat lain.

“Saya tidak kecewa. Sekurang-kurangnya saya berjaya hingga peringkat separuh akhir. Keluarnya saya bukan bermakna lawak saya terhenti. Insya-Allah jika tidak menjadi pelawak, mungkin saya boleh mencuba sebagai pelakon komedi pula.

“Apatah lagi ini pertama kali saya berlawak seorang diri. Jika sebelum ini saya sering berlawak dalam satu kumpulan. Justeru, berjaya hingga separuh akhir sudah cukup membanggakan,” katanya.

Empat peserta yang meneruskan perjuangan mereka ke peringkat akhir Jumaat ini ialah Mohamad Danial Mohd Zaini (Danial), Achmad Rusli (Mad Sabah), Mohd Hafiz Abdul Ghan (AG Hafiz) dan Ahmad Fikry Ahmad Ibrahim (Fikry).

Terdahulu, Danial yang mendapat undian tertinggi mengekalkan persembahan yang konsisten sejak tiga minggu lalu berjaya menempa tiket ke peringkat akhir dan menepati ramalan.

Sementara itu, juri jemputan Lisa Surihani berkata, Lawak Solo adalah medan untuk peserta berlawak secara bersendirian dan ia bukan sesuatu yang mudah.

“Saya sangat terhibur dengan persembahan semua peserta. Tidak mudah untuk berlawak seorang diri di pentas.

“Namun melihat cara mereka mempersembahkan lawak masing-masing, semuanya seperti orang yang sudah berpengalaman,” katanya.

Lawak Solo akhir akan disiarkan secara langsung di Astro Warna (132) dan Mustika HD (134) bermula jam 10 malam.

Program dipancarkan terus dari Studio Sound Stage, Finas, Hulu Klang, Selangor.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");