Panasnya Hari Ini

Muhyiddin Tidak Faham Maksud Walak

KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi, menyelar Tan Sri Muhyiddin Yassin yang disifatkannya tidak memahami maksud walak yang dipegang dalam UMNO.

Memetik sumber Berita harian, Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) itu turut berkata Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sebagai ‘gila talak’ dengan UMNO kerana mengimbau nostalgia beliau dalam parti itu.

“Muhyiddin menuduh Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak, menuntut seluruh ahli berbaiah dan memberi walak kepadanya secara membuta tuli dan tanpa soal.

“Tetapi Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, dalam ucapan penggulungannya menyatakan dengan jelas Pemuda tidak walak secara membabi buta.

“Walak yang dipegang ialah seperti firman Allah SWT dalam Surah An-Nisa iaitu kesetiaan selagi pemimpin tidak melakukan perkara di luar batasan.

“Muhyiddin memang gila talak. Perhimpunan Agung UMNO sarat dengan perbahasan soal dasar kerajaan dan parti khasnya dalam isu pendidikan, ekonomi, agama dan bangsa,” katanya.

Tambahnya lagi, semua ini berlaku kerana Muhyiddin yang juga bekas Timbalan Presiden UMNO tidak mengikuti secara penuh apa yang berlaku dalam perhimpunan agung berkenaan.

Malah jelasnya, kesetiaan kepada Najib bukan kerana taksub kepada individu, tetapi kesetiaan kepada institusi Presiden.

“Inilah penyakit Muhyiddin kerana percaya kepada khabar angin seperti beliau mempercayai fakta salah mengenai 1MDB sehingga terpelanting keluar daripada UMNO dan kerajaan,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");