Berita Hari Ini

Lebih 4,000 syarikat miliki sijil halal sehingga Nov

KUALA LUMPUR – Sebanyak 4,692 syarikat memiliki sijil pengesahan halal Malaysia sehingga November ini, Dewan Negara diberitahu hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, daripada jumlah itu, hanya 26.4 peratus atau 1,244 syarikat Bumiputera dalam sektor pembuatan memiliki sijil halal berbanding bukan Bumiputera.

Asyraf Wajdi berkata, faktor yang menyebabkan berlaku perbezaan ketara itu adalah kerana jumlah bilangan Bumiputera yang menguasai sektor pembuatan rendah berbanding pengusaha bukan Bumiputera.

“Selain itu, persepsi segelintir Bumiputera yang tidak memohon adalah kerana menganggap seolah-olah permohonan sijil halal mahal, walhal untuk syarikat-syarikat kecil sebenarnya bermula serendah RM100 dan perlu perbaharui sijil dua tahun sekali.

“Malah ada juga yang tidak mencapai standard Amalan Pengilangan Yang Baik (GMP),” katanya menjawab soalan Senator Datuk Mohd Suhaimi Abdullah berkenaan sejauh manakah usaha yang dijalankan bagi meningkatkan jumlah pemilikan sijil halal oleh Bumiputera.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");