Jenayah

Peniaga berang buah-buahan dirampas

Nibong Tebal: Berang kerana buah-buahan yang dijual dirampas penguatkuasa Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), dua peniaga di sini nekad mengacukan pisau ke arah anggota bertugas sebelum diberkas polis.

Dalam kejadian jam 9.35 pagi hari ini, dua lelaki berusia 32 dan 28 tahun berkenaan menjual buah-buahan di kawasan berdekatan parkir motosikal di Pasar Awam Taman Berjaya.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Shafee Abd Samad berkata, seramai 24 penguatkuasa MPSP sedang melakukan operasi di situ dan memberitahu mereka kawasan itu dilarang berniaga.

Beliau berkata, MPSP merampas meja, kerusi dan buah-buahan dianggarkan bernilai RM140 berkenaan.

Katanya, dua lelaki berkenaan meminta pegawai MPSP untuk mengeluarkan borang untuk menanda barang-barang yang dirampas namun pegawai pihak berkuasa tempatan itu tidak menghiraukannya dan terus menaikkan barang ke dalam lori.

“Apabila lori mula beredar dua lelaki itu marah dan naik ke lori MPSP dan cuba menurunkan barang mereka ke bawah.

“Dalam perbualan di antara kedua-dua lelaki itu dengan pihak MPSP, mereka memegang sebilah pisau dapur berukuran lebih kurang satu kaki sebelum dicekup pihak MPSP dan polis,” katanya.

Menurutnya, mereka ditahan dan kes disiasat mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan bagi menakutkan penjawat awam daripada menjalankan tugas.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");