Sukan Hari Ini

Liverpool kembali ke tangga kedua liga

LIVERPOOL: Ketajaman barisan serangan Liverpool sekali lagi membuahkan hasil dengan kemenangan 4-1 ke atas Stoke dalam saingan Liga Perdana Inggeris, awal pagi tadi.

Liverpool kini kembali menghuni tangga kedua, ketinggalan enam mata di belakang pendahulu, Chelsea.

Skuad kendalian Jurgen Klopp bagaimanapun terlebih dulu dibolosi pada minit ke-12 di Anfield, tetapi bangkit menerusi gol penyamaan Adam Lallana pada minit ke-34.

Penyerang Brazil, Roberto Firmino, yang didakwa memandu dalam keadaan mabuk empat hari lalu, menambah jaringan sejurus sebelum rehat.

Liverpool tambah selesa di babak kedua apabila Giannelli Imbula tertampan bola ke gawang sendiri dan Daniel Sturridge meledak gol liga pertamanya musim ini menerusi sentuhan pertamanya sebaik dimasukkan sebagai pemain gantian.

“Keyakinan bukan masalah buat pasukan ketika ini. Kami tahu kualiti kami, tetapi jelas sekali kami tidak menunjukkannya pada setiap masa,” kata Klopp.

Jaringan Sturridge itu adalah gol ke-100 Liverpool di bawah kendalian Klopp, yang mengambil alih pasukan pada Oktober tahun lalu.

Liverpool akan bertandang ke laman Manchester City, Sabtu ini. – AP

-BH Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");