Jenayah

Lori bawa minyak hitam terbalik

SHAH ALAM: Sebuah lori satu tan yang membawa minyak hitam terpakai terbalik dalam kejadian di Kilometer 3.11 Lebuhraya NKVE menghala Klang, sebentar tadi.

Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Anggerik bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada jam 2.43 petang.

Penolong Pengarah Operasi dan Penyelamat Bomba Selangor, Mohd Sani Harul berkata, kejadian tidak melibatkan kecederaan pada pemandu lori berkenaan.

“Ketika bomba tiba, mangsa telah keluar dengan sendiri. Bomba membersihkan tumpahan minyak dengan habuk kayu bagi mengelakkan jalan menjadi licin,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");