Panasnya Hari Ini

Mahasiswa Jangan Pertahan Parti Politik Membuta Tuli – Syed Saddiq

KUALA LUMPUR : Mahasiswa diingatkan supaya tidak mempertahankan parti politik yang disokong oleh mereka secara membuta tuli, kata Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Sebaliknya, beliau berkata, golongan mahasiswa harus menjadi kumpulan pendesak untuk mempertahankan kepentingan golongan belia.

“Salah tetap salah. Mungkin daripada sudut orang lain, boleh dilihat lain. Tetapi jika isu tersebut memberi impak yang negatif kepada mahasiswa, jangan takut untuk menentangnya.

“Contohnya, jika parti politik mengkhianati janjinya, walaupun kita cenderung kepada parti tersebut, jangan membisukan mulut. Bersuaralah,”katanya menerusi satu kenyataan.

Kata bekas pendebat terbaik Asia itu lagi, beliau adalah antara individu yang mengecam penggunaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) untuk mendiamkan pelajar sebelum memasuki arena politik.

Ujarnya, walaupun Pengerusi parti yang disertainya itu, Tun Dr Mahathir Mohamad yang membawa masuk AUKU, tidak pernah beliau pertahankan tindakan tersebut dan tidak akan beliau pertahankan tindakan tersebut.

“Tidak ada manusia yang bebas daripada melakukan kesilapan. Itu merupakan lumrah hidup.

“Saya akan terus menggunakan platform ini untuk mencabar penggunaan AUKU sama ada mendapat ‘restu’ atau tidak daripada pengerusi saya,”tegasnya.

Katanya lagi, walaupun beliau lantang membawa isu AUKU ke pucuk pimpinan parti, beliau tidak sekalipun didiamkan.

Dalam masa yang sama, Syed Saddiq turut menegaskan bahawa gerakan mahasiswa tidak boleh ditunjangi ahli politik ataupun berkiblatkan parti politik.

“Tidak salah untuk mahasiswa cenderung kepada mana-mana ideologi politik, tetapi jangan sampai ke satu tahap di mana gerakan tersebut dilarang secara langsung atau tidak langsung untuk mengkritik parti politik yang membawa ideologi tersebut,”katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");