Sukan Hari Ini

Majlis Sukan Negara, Liga Bola Sepak Rakyat berbincang

MAJLIS Sukan Negara (MSN) menimbang kemungkinan mengkaji penyertaan Liga Bola Sepak Rakyat (LBR) sebagai sebahagian program bersepadu akar umbi di bawah naungannya.

Ketua Pengarahnya, Datuk Ahmad Shapawi berkata, buat masa ini perbincangan kemungkinan pelbagai bentuk kerjasama dalam meluaskan tapak untuk pemain tempatan.

“Aspek yang dibincangkan termasuk had umur, hala tuju bola sepak di peringkat daerah dan potensi tajaan sebagai hasil makluman bersama.

“Dalam struktur sedia ada, MSN menaungi Pelan Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN) untuk pelajar sekolah. Selepas 17 tahun, mereka dilepaskan ke ekosistem yang ada dengan harapan mereka menjadi permata yang digilap di pentas Piala Belia, Piala Presiden, Liga FAM, Liga Perdana dan Liga Super.

“LBR boleh mainkan peranan jadi platform dalam usaha kita mewujudkan kelompok asas lebih besar,” ujarnya yang turut menyatakan soko-ngannya kepada penganjuran LBR.

Ahmad Shapawi turut mengimbas kewujudan saingan antara daerah Rakan Sukan dianjurkan Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

“Bezanya dengan LBR pasukan bertanding antara daerah dalam negeri masing-masing sebelum melangkah ke peringkat kebangsaan,” katanya ketika menerima kunjungan hormat pengurusan tertinggi LBR diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya, Azizul Kamar Abdul Rahman dan ketua jabatan media, Maulud Rashid, dipejabatnya baru-baru ini.

Sementara itu, Azizul Kamar menyambut baik saranan Ahmad Shapawi dalam menjadikan LBR antara platform pemain di akar umbi.

“Kami berterima kasih kepada Datuk Ahmad Shapawi dan MSN kerana beri sokongan kepada LBR,” katanya.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");