Berita Hari Ini

Masih ada perlombongan haram bauksit

Kuantan: Kerajaan tidak menolak kemungkinan masih berlaku perlombongan haram bauksit di daerah ini, biarpun pelaksanaan moratorium dilakukan hampir setahun lalu.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, ia berdasarkan lawatan kerja dan pemerhatian daripada udara yang dilakukannya sendiri, hari ini yang mendapati jumlah simpanan bauksit tidak menunjukkan penurunan ketara.

“Selepas lawatan dan tinjauan melalui udara 40 minit saya yakin masih terdapat perlombongan haram. Walaupun tiada aktiviti lori yang keluar masuk mengangkut bauksit tapi masih ada ‘stockpile’ (simpanan) bauksit di beberapa kawasan lombong,” katanya dalam sidang media, hari ini.

Beliau berkata, aktiviti perlombongan bauksit secara haram berleluasa disebabkan kekurangan penguatkuasaan akibat faktor kawasan perlombongan yang terlalu luas.

Pada 15 Januari lalu, Wan Junaidi mengumumkan pelaksanaan moratorium ke atas aktiviti perlombongan bauksit di Kuantan selepas mensyuarat kabinet meluluskannya.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");