Membawang Hari Ini

Priyanka antara paling popular di dunia

Priyanka Chopra terus mencipta kejayaan di Hollywood apabila namanya tersenarai dalam portal Internet Movie Database (IMDb) sebagai antara artis paling popular di dunia.

Nama pelakon jelita berusia 34 tahun itu berada pada kedudukan ke-55 dan dia adalah satu-satunya artis Bollywood yang berada dalam senarai itu.

Artis Hollywood yang turut tersenarai ialah Jennifer Aniston, Emma Watson, Leonardo Di Caprio, Johnny Depp dan Scarlett Johansson.

Priyanka akan muncul dalam filem Hollywood pertamanya, Baywatch arahan Seth Gordon.

Disebabkan jadual Priyanka yang sentiasa padat dengan penggambaran, sesi fotografi dan pelbagai undangan ke pelbagai acara di Hollywood, dia akan menyambut Krismas dan tahun baru di Amerika Syarikat.

Priyanka dan rakan artis yang turut berlakon dalam drama bersiri, Quantico sudah mula menerima hadiah Krismas apabila produksi drama itu menghadiahkan skaf Krismas kepada mereka.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");