Jenayah

Mayat ditemui tersangkut pada pokok

JERANTUT – Penantian keluarga mangsa lemas yang terjatuh dari bot yang dipandunya berhampiran pam air Kampung Gintong berakhir apabila mayat mangsa ditemui di Kamlung Tebing Tinggi sekitar jam 9 pagi tadi.

Dikatakan mayat mangsa, Lebary @ Zaheri Basir, 60, ditemui pihak bomba dan orang kampung yang membuat rondaan mencari mangsa pagi terbabit.

Mayat mangsa ditemui dalam keadaan tersangkut pada pokok rendang berhampiran tebing sungai.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat daerah Jerantut, Fariz Ab Rahim berkata, mangsa ditemui kira-kira tiga kilometer dari Pos Kawalan Bomba (PKB) di Rumah Pam air Kampung Gintong.

“Mayat mangsa sudah diserahkan kepada pihak polis dan akan dibawa ke Hospital Jerantut untuk tindakan lanjut,” katanya.

Katanya, keluarga mangsa juga sudah dihubungi bagi memaklumkan penemuan mangsa.

Anak mangsa, Mohd Adam Lebary, 26, berkata, mereka sekeluarga menerima berita penemuan terbabit setelah dimaklumkan oleh pihak polis dan bomba.

“Setelah dipastikan, memang sah itu ayah saya. Kami sekeluarga memang sedih, namun dalam masa sama bersyukur kerana jenayazah ayah telah ditemui,” katanya.

Difahamkan usaha mencari mangsa sudah bermula kira-kira jam 5.00 petang hari kejadian setelah menerima panggilan daripada penduduk setempat.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");