Berita Hari Ini

OIC adakan mesyuarat bincang pembersihan etnik Rohingya

ISKANDAR PUTERI: Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) akan mengadakan mesyuarat peringkat Menteri Luar dalam tempoh terdekat bagi membincangkan isu pembersihan etnik Rohingya di Myanmar.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata Malaysia akan berurusan dengan sekretariat OIC berhubung perkara itu.

“Perhimpunan yang kita adakan Ahad lalu didengari OIC dan mereka akan mengadakan mesyuarat bagi membincangkan apa yang menimpa etnik Rohingya.

“Apa yang kita lakukan ketika perhimpunan itu bukan tunjuk perasaan kerana kita berhimpun secara aman mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Ulang Tahun ke-10 Iskandar Malaysia (IM10) di sini, hari ini.

Najib berkata, perhimpunan disertai ribuan umat Islam itu berbeza dengan Bersih 5 baru-baru ini kerana perhimpunan terbabit tidak mengikut undang-undang.

“Saya hadir (perhimpunan) kerana mahu suara rakyat Malaysia didengari dan OIC mendengar suara kita sehingga mereka akan mengadakan mesyuarat berhubung etnik Rohingya,” katanya.

-Berita Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");