Jenayah

Mayat juruterbang TUDM disemadikan hari ini

GEORGETOWN: Mayat juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Mejar C Kayamboo, yang maut dalam insiden pesawat Beechcraft King Air 200T terhempas di Pangkalan TUDM Butterworth petang semalam, dijadual disempurnakan hari ini.

Bapa mendiang, M Chellam, 72, berkata mayat anaknya akan disemadikan di tanah perkuburan di Batu Lanchang di sini, antara jam 2 hingga 4 petang ini.

“Mayat mendiang anak saya sudah dibawa pulang dari Hospital Seberang Jaya, kira-kira jam 1 pagi tadi.

“Kini upacara sembahyang dan penghormatan terakhir sedang dijalankan, membabitkan keluarga rapat dan kenalan mendiang di rumah kami,” katanya kepada BH, sebentar tadi.

Dalam kejadian 5.18 petang semalam, Kayamboo, 45, yang menyambut hari lahirnya semalam, maut di lokasi kejadian akibat kecederaan di kepala dan badan.

Kejadian itu turut menyebabkan pembantu juruterbang, Kapten Wai Lik, parah dan kini dirawat di Hospital Pulau Pinang.

Dua lagi kru pesawat itu, Leftenan Hamid Ahmad Hanafi dan Sarjan Mohd Sofi Azizan pula dilaporkan stabil, selepas dirawat di Hospital Seberang Jaya.

-BH Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");