Panasnya Hari Ini

Kerjasama Pakatan Harapan, PPBM Ibarat ‘Kahwin Kontrak’

KUALA LUMPUR : Gabungan baharu pembangkang antara Pakatan Harapan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) menentang Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang tidak ada bezanya dengan ‘kahwin kontrak’, kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Ujarnya, gabungan tersebut hanyalah satu penjelmaan semula Angkatan Perpaduan Ummah (APU) iaitu pakatan pembangkang yang ditubuhkan pada 1990.

“Mereka tukar nama saja, tetapi orangnya masih sama daripada ideologi berbeza yang mengetuai gabungan itu.

“Pakatan ini ‘kahwin kontrak’ kerana PPBM menggunakan Pakatan dan berharap membentuk sekutu dengan BN selepas pilihan raya jika mereka memenangi kerusi yang mencukupi,”katanya, lapor Free Malaysia Today.

Terdahulu, PPBM dan Pakatan Harapan menandatangani satu memorandum kerjasama politik untuk bekerjasama bagi menentang BN pada pilihanraya umum akan datang.

Menerusi kerjasama itu, Pakatan Harapan dan PPBM akan memastikan perlawanan satu lawan satu dengan BN pada pilihan raya umum ke-14.

Nur Jazlan yang juga Timbalan Menteri Dalam Negeri turut mendakwa, parti yang diterajui oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin itu belum lagi secara rasmi menyertai gabungan pembangkang walaupun berkongsi perjuangan dan prinsip sama dengan parti pembangkang yang lain.

“Pakatan memerlukan PPBM untuk memecahkan pengundi UMNO secara senyap. Pemimpin PPBM ialah bekas pemimpin UMNO yang mahu merayu ahli UMNO untuk secara senyap menolak UMNO.

“Pada masa sama, PPBM memerlukan Pakatan untuk menyokong calonnya supaya boleh memenangi kerusi mencukupi untuk menawarkan pemimpin Melayunya mengetuai Pakatan selepas itu, atau menyertai UMNO jika Pakatan gagal menang dalam PRU14.

“Tetapi mereka akan gagal kerana pengundi UMNO dan BN boleh nampak penipuan mereka,”katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");