Membawang Hari Ini

Mila Kunis-Ashton Kutcher dikurnia anak kedua

LOS ANGELES: Aktres Mila Kunis dan suami, pelakon Ashton Kutcher mengumumkan kelahiran anak kedua mereka, kata jurucakap Kunis yang mengesahkannya semalam.

Bayi lelaki yang selamat dilahirkan Rabu lalu itu masih belum dinamakan, lapor laman web E! News.

Pasangan pelakon dan penerbit itu mempunyai seorang anak perempuan, Wyatt berusia dua tahun. Mereka bertunang pada Februari 2014 selepas menjalin hubungan selama dua tahun dan berkahwin pada Julai 2015.

Kutcher, 38, dan Kunis, 33, pernah digandingkan dalam siri komedi popular That ’70s Show yang disiarkan di Amerika Syarikat antara 1998 hingga 2006, memegang watak sebagai pasangan kekasih.

Kutcher, sebelum ini mengahwini aktres Demi Moore pada 2005 hingga 2013. Kunis pula pernah menjalin hubungan dengan pelakon Macaulay Culkin. – AFP

-BH Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");