Membawang Hari Ini

Muahciked: Anugerah buat peminat

Salam Ahad buat semua yang mengikuti ruangan adik ini dan hari ini juga cukup bermakna kerana Ahad terakhir buat 2016 dan minggu depan kita akan melangkah ke tahun baru.

Pada kesempatan ini, adik ingin ucapkan terima kasih kepada Selebriti Metro Ahad kerana memberi kepercayaan kepada adik untuk menulis di ruangan ini.

Walaupun adik akui adakalanya tersenguk-senguk juga hendak menulis artikel setiap minggu atas faktor kekangan masa, Alhamdulillah dengan kerjasama semua pihak hingga berjaya sampai ke penghujung tahun.

Tahun 2016 melakar sejarah manis buat adik, begitu juga buat anda hendaknya. Pelbagai peristiwa, pengalaman, pengajaran dan segala-galanya hampir ke penghujung dan akan terpahat di dalam hati dan memori.

Anugerah pertama diterima pada 2016, Anugerah Meletop masih segar di ingatan adik. Sungguh manis apabila berjaya merangkul lima anugerah. Bagi adik semua ini bukan milik adik tetapi kepunyaan kelab peminat adik, AJ Screamer.

Mereka yang tertungkus lumus mengundi siang malam, berusaha dan berdoa yang akhirnya membuahkan hasil.

Kemudian Anugerah Bintang Popular BH, walaupun hanya menang Artis Trending, syukur dengan pemberian-Nya.

Usah pertikai kemenangan orang lain jika kita tak mahu kemenangan kita dipertikai. Tahun hadapan usaha lagi! Tahniah kepada kelab peminat yang berhempas pulas mengundi artis kesayangan anda! Anda hebat, artis anda hebat.

Seterusnya beberapa lagi anugerah seperti Anugerah Ikon MAYC, Anugerah Stail EH dan beberapa anugerah berprestij seperti Anugerah Planet Muzik dan Anugerah Melodi, kedua-duanya adik berjaya mengumpul tiga anugerah setiap satu. Alhamdulillah.

Adik menganggap segala anugerah itu hadiah dan tanda kasih sayang peminat kepada adik. Setiap anugerah yang diterima adalah tanggungjawab yang harus digalas menjadi nikmat, dalam masa yang sama menganggap ia ujian daripada Tuhan.

Terus berusaha untuk jadi terbaik dan terbaik, berdoa dan bersedekah dan sayang kepada yang sayang.

Terima kasih juga kepada semua jenama yang sudi bekerjasama dengan adik sepanjang 2016. Yang menjadikan adik duta, jurucakap, duta kempen dan sebagainya, adik hargai kepercayaan yang diberi. Terima kasih OPPO, Aurawhite, H&M, Sephora, Gintell, Celcom & Xpax, House Of DRE, Disney,

Jakel, Ariani dan lain-lain lagi. Harap dapat bekerjasama lagi!

Kepada semua media yang selama ini menyokong, sentiasa sayang dan cinta adik, harapnya kasih tak pudar. Insya-Allah adik akan sentiasa begini selamanya. Jentik, marahlah adik kalau adik berubah!

Begitu juga kepada stesen TV dan syarikat produksi yang sudi beri peluang kepada budak kecik ini untuk memegang watak dalam filem dan drama. Harap rating bagus dan dapat maklum balas yang baik.

Harap tahun hadapan membawa sinar dan harapan baru buat adik dan anda semua. Kekal semangat dan kuat kerana setiap hari adalah hari untuk berperang.

Adik terima segala kritikan, komen dan nasihat yang boleh buat adik lebih maju dan bagus. Jumpa lagi! Akan merindui anda dan 2016. #Manis2016-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");