Isu Panas

Suara anak muda penting untuk semak, imbang

SHAH ALAM – Perkumpulan anak muda yang kuat amat penting sebagai mekanisme semak dan imbang dalam negara.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, ia bukan saja penting kepada pemerintah, tetapi semua pihak termasuk parti-parti pembangkang.

Menurutnya, ia merupakan kuasa ketiga yang kuat dan kukuh untuk menampung suasana politik semasa.

“Malaysia sememangnya memerlukan sebuah kuasa ketiga yg kuat untuk menampung suasana politik semasa.

“Ditambah dalam kondisi politik Malaysia hari ini yang dibelenggu skandal dan krisis kepercayaan terhadap pemerintah, kehadiran kumpulan anak muda yang kuat boleh menjadi faktor yang meletakkan hala tuju negara kembali kepada matlamat rakyat,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika melahirkan sokongan terhadap usaha anak muda menganjurkan Kongres Anak Muda Malaysia pada 17-19 Februari depan.

Katanya, inisiatif ini dilihat sebagai manifestasi anak muda makin resah dengan kemelut politik tidak kira sama ada kerajaan mahupun pembangkang.

“Kami juga mengharapkan semua pihak termasuk kerajaan dapat memberi sokongan penuh terhadap Kongres ini. Janganlah Kongres ini dianggap secara negatif walaupun para penganjurnya merupakan kumpulan yang selama ini kritikal terhadap polisi-polisi kerajaan,” katanya lagi.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");