Berita Hari Ini

Najib rasmi pemasangan turus pemecahan propilena tertinggi, terberat

KOTA TINGGI: Datuk Seri Najib Razak tiba di Kompleks Bersepadu Pengerang (PIC) PETRONAS di sini, hari ini bagi menyempurnakan perasmian kejayaan pemasangan turus pemecahan propilena tertinggi dan terberat di Malaysia.

Turus pemecahan propilena bagi kemudahan pemecah wap di PIC seberat 1,808.6 tan dan setinggi 121.3 meter itu mendapat pengiktirafan Malaysia Book Of Records.

Berat turus pemecahan propilena itu bersamaan sebuah pesawat Airbus A380 dan Boeing 747.

Turus itu berfungsi untuk memecahkan gas LPG dan nafta menjadi gas etilena dan propilena.

Kedua-dua gas itu adalah bahan untuk menghasilkan produk petrokimia seperti plastik dan getah sintetik.

Turut hadir, Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin serta Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PETRONAS, Datuk Seri Wan Zukiflee Wan Ariffin.

-Berita Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");