Isu Panas

PAS sedia kerjasama dengan BN isu perpaduan negara

KUALA LUMPUR: PAS sedia bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN) dalam isu melibatkan perpaduan negara dan umat Islam, kata setiausahanya, Datuk Takiyuddin Hassan.

Beliau berkata ini selaras dengan pendekatan baharu budaya politik matang dan sejahtera dalam membantu menangani isu-isu besar seperti Rohingya, kumpulan etnik Islam yang dilaporkan dindas kerajaan Myanmar.

“Kita ada hubungan saling membantu dan kerjasama dengan BN dalam bentuk isu Rohingya untuk ditangani bersama,” katanya ketika ditemui pemberita di sesi dialog rakyat bertajuk ‘Sehati Sejiwa Memerangi Rasuah’ di sini pada Jumaat.

Program tersebut diadakan sempena sambutan Hari Antirasuah Antarabangsa yang disambut di seluruh negara.

Bagaimanapun, menjawab soalan pemberita, Takiyuddin menegaskan PAS tidak pernah bekerjasama dengan UMNO atas dasar politik.
“Kita tidak pernah mengisytiharkan atau memutuskan hendak bekerjasama dengan UMNO (atas dasar politik) tetapi dalam aspek lain diteruskan,” katanya. – BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");