Sukan Hari Ini

PDRM akui Kedah di kelas berbeza

JURULATIH Polis Diraja Malaysia (PDRM), Eddy Gapil mengakui anak buahnya kini berdepan dengan ujian getir yang sebenar setelah mengharungi separuh akhir Piala Emas Raja-Raja Ke-76, 2016 menentang Kedah.

Lawan yang ditentang di Padang Pusat Latihan Polis (Pulapol), Kuala Lumpur, Sabtu lalu dan Stadium Darul Aman, Alor Setar, Sabtu ini jelas jauh berbeza dengan empat pasukan yang dilepasi mereka sejak peringkat Kumpulan C hingga suku akhir.

Bukan mahu memperkecilkan Singapura, Pulau Pinang dan Penjara FC mahupun Pahang yang menewaskan PDRM 2-0 tetapi kata Eddy, Kedah memiliki corak permainan tersendiri apatah lagi diperkuatkan tidak kurang tiga tonggak berpengalaman Liga Malaysia.

“Kedah pasukan yang agak berbeza dengan lawan kami sebelum ini,” katanya, merujuk kepada kebangkitan skuad bimbingan Zulkifli Mahmud yang mempunyai dua gol tempat lawan sekalipun tewas 3-2 dalam separuh akhir pertama di Pulapol, Sabtu lalu.

Satu lagi pengajaran penting yang diperoleh PDRM ialah mereka tidak akan sesekali boleh berasa selesa di Alor Setar seperti mana di Pulapol sekalipun mendahului pelawat 3-1 menerusi jaringan Khairul Izuan Abdullah, Ahmad Syazwan Kassim dan Afzal Nazri.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");