Jenayah

Pelajar lemas mandi sungai bersama rakan

JOHOR BAHRU: Seorang pelajar lelaki Tingkatan 1 lemas ketika mandi sungai bersama rakan-rakannya di Sungai Nibong, Batu Pahat, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa berkata mangsa, Mohd Irfan Nor Hakim didapati tidak pulang ke rumah pada jam 7 malam semalam.

setelah keluar untuk mandi-manda di kuala Sungai Nibong bersama empat orang rakannya.

“Bapa mangsa, Nor Hakim Hashim kemudiannya bersama jiran pergi ke sungai berkenaan dan menjumpai basikal serta pakaian yang dipakai anaknya berada di tebing sungai tersebut,” kata beliau dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Abdul Wahib, bapa mangsa kemudiannya membuat laporan polis mengenai kehilangan anaknya pada jam 12.36 tengah malam, setelah mangsa dipercayai lemas.

Sementara itu, Pegawai Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Mohd Khalid Ahmad Aini Syukri berkata pihaknya menerima laporan mengenai kehilangan mangsa pada pukul 12.45 tengah malam tadi.

“Saya bersama enam orang anggota kita ke lokasi kejadian dan tiba pada jam 1.23 pagi dan terus melakukan kerja-kerja mencari dan menyelamat. Bagaimanapun, pencarian agak sukar berikutan keadaan air pasang dan gelap,” kata beliau dalam satu kenyataan berasingan.

Mayat mangsa hanya ditemui pada pukul 8.05 pagi tadi, kira-kira 200 meter daripada lokasi mangsa dilaporkan hilang pada ketika air sungai mulai surut, kata Ahmad Aini.

Abdul Wahib berkata mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Batu Pahat untuk bedah siasat.

Kes diklasikasikan sebagai kes mati lemas.

Sehubungan dengan itu, pihak polis menasihatkan orang ramai terutamanya kanak-kanak agar tidak turun mandi manda di waktu ini kerana arus sungai ke laut yang deras pada masa itu adalah cukup berbahaya. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");