Berita Hari Ini

Sultan Nazrin rasmi Pavilion Perak baharu sempena MAHA 2016

SERDANG: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan merasmikan Pavilion Perak yang baharu sempena Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2016 di sini, hari ini.

Pavilion baharu ini mempunyai keunikan tersendiri kerana dibina berinspirasikan daripada Istana Kayangan, Kuala Kangsar berbanding sebelum ini yang menggunakan reka bentuk labu sayung.

Reka bentuk baharu ini menerapkan elemen tradisional Melayu Perak dengan penggunaan bumbung lima, bumbung limas, tunjuk langit dan papan cantik, anyaman bungaan dinding tepas.

Ia termasuk ukiran di atas jenang bermotif bunga dan tumbuhan serta menerapkan penggunaan gegunung bagi menyerlahkan seni bina pavilion berkenaan.

Turut berangkat ke majlis pelancaran ialah Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim.

Yang turut hadir, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan isteri, Datin Seri Saripah Zulkifli; Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Tajudin Abdul Rahman dan isteri, Datin Seri Rohkiah Abd Samat dan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, S Thangeswary.

Pada majlis itu, Sultan Nazrin turut berkenan menyampaikan hadiah kepada pemenang Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Perak 2016.

-Berita Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");