Jenayah

Pemandu lori tangki punca kemalangan akan direman

SLIM RIVER: Pemandu lori tangki yang terbabit dalam kemalangan sehingga mengorbankan sepasang suami isteri dan mencederakan sembilan yang lain petang semalam, akan direman hari ini.

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Ahmad Mat Isa, berkata polis akan membawa lelaki berusia 54 tahun itu yang tidak cedera, ke Mahkamah Majistret pagi ini untuk mendapatkan perintah tahanan reman.

Dalam kemalangan jam 5.10 petang di Kilometer 371.9 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan dekat sini semalam, pasangan suami isteri maut manakala dua anak mereka parah selepas PROTON Exora yang mereka naiki merempuh lori tangki yang terbalik dan melintang di tengah lebuh raya.

Kemalangan dipercayai berpunca daripada lori tangki yang dalam perjalanan dari Pelabuhan Klang ke Ipoh, mengalami pecah tayar sebelum merempuh pembahagi jalan di tengah lebuh raya raya dan terbabas ke laluan bertentangan sebelum terbalik.

Kemalangan itu membabitkan tiga lori lain dan tiga kereta yang gagal mengelak lori tangki berkenaan.

Ia turut mengakibatkan kesesakan di lebuh raya berkenaan sepanjang 17 kilometer sebelum trafik kembali pulih kira-kira jam 9 malam tadi.

-BH Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");